Wednesday, November 23, 2011

Petua Menjadi Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran


Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Hina meninggalkan solat


Suasana di Masjid An-Nur petang itu begitu tenang sekali, angin yang menghembus selepas hujan tadi menjadikan suasana begitu suram dan nyaman, mata Aisyah begitu asyik melihat pelajar-pelajar yang sibuk dengan tanggungjawab masing-masing dalam mengerjakan perintah Allah. Tidak kira lelaki mahupun perempuan masing-masing merasakan diri sebagai hamba terus sujud kepada-Nya apabila diseru,tanpa menghiraukan mereka Aisyah bingkas bangun dan mengambil Ma'thurat utuk dibaca. 

+++ 


Selepas selesai membaca Ma'thurat, Aisyah memerhatikan seorang pelajar yang bersembahyang asar tetapi satu lagi solat yang menyebabkan aisyah kehairanan, “tak kan solat hajat kot,lepas asar mane boleh solat hajat,” desis Aisyah. Selesai sahaja menunaikan solat pelajar tersebut cepat-cepat melipat kain sembahyang. Bagi membuanag keraguan dihati, Aisyah meluru kearah pelajar tersebut. 

“Assalamualaikum dik”

“waalaikumusalam, eh kak Asiyah”

Monday, November 21, 2011

Rahsia memotong kuku

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

· Hari sabtu : Nescaya keluar dari tubuhnya ubat dan dimasukkan kepadanya penyakit

· Hari ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinan

· Hari isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

· Hari selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

· Hari rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

· Hari khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh daripada penyakit

· Hari Jumaat : nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya    rahmat daripada Allah Taala


Berikut pula merupakan cara memotong kuku dengan betul dan merupakan sunnah Nabi 


152,182 orang anak luar nikah 2008-2010

Bilangan anak luar nikah atau anak tidak sah taraf bagi tahun 2008 sehingga 2010 berdasarkan statistic Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah seramai 152,182 orang.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie berkata, selain itu statistic turut menunjukkan Sabah merupakan negeri paling tinggi mencatatkan kelahiran anak luar nikah iaitu 41,490 orang diikuti Selangor (18,983 orang), Sarawak (17,570 orang), Johor (16,298 orang) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (12,095 orang).

Ujarnya, antara punca timbulnya gejala tersebut disebabkan beberapa factor antaranya menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, ingin mencuba, pengaruh rakan sebaya dan rela melakukan hubungan seks.

"Faktor-faktor lain ialah tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan repoduktif dan seksual, kurangnya perhatian ibu bapa serta diperkosa saudara sendiri dan kesemua factor ini adalah hasil daripada kerja kes yang dijalankan oleh pihak Pegawai Kebajikan Masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Mohd .Jidin Shafee (BN-Setiu) dalam sesisoal jawab di Dewan Rakyat .

Kepentingan sains veterinar

Sains veterinar melibatkan bidang kajian sains yang berkaitan denga haiwan. Bidang ini merupakan satu bidang yang penting dan mempunyai masa depan yang cerah di Negara ini.

Sains veterinar dapat membantu memajukan sektor penternakan, terutama ternakan haiwan makanan. Haiwan ternakan penting sebagai sumber protein sama ada dalam bentuk daging, susu ataupun telur yang dihasilkan. Pemeliharaan haiwan ternakan memerlukan penjagaan khusus, dan harus berdasarkan ilmu sains yang berkaitan. Pakar veterinar diperlukan untuk memberi nasihat dan bimbingan dari segi kaedah pembiakan dan pemeliharaan kepada penternak bagi memastikan ternakan membesar dengan sihat

Pakar veterinar atau dikenali sebagai doctor haiwan turut terlibat dalam penjagaan haiwan peliharaan. Haiwan seperti kucing, anjing dan arnab yang dipelihara di rumah memerlukan ubat dan rawatan khursus seperti suntikan vaksin untuk hidup sihat dan tidak membawa bahaya kepada pemiliknya. Haiwan yang digunakan untuk tujuan perlumbaan dan permainan seperti kuda serta haiwan di zoo juga memerlukan khidmat penjagaan pakar veterinar. Tegasnya, kesihatan haiwan amat bergantung pada peranan pakar veterinar

Sumbangan ahli veterinar juga penting untuk kajian tentang pelbagai spesis fauna di Negara ini. Negara kita mempunyai pelbagai jenis haiwan yang masih hidup liar di hutan, sama ada yang melata atau yang ganas. Kajian tentang habitat, perlakuan dan keperluan hidup haiwan berkenaan amat penting untuk mengelakkan kepupusannya, selain meningkatkan ilmu dan kepakaran kita tentang haiwan eksotik

Saturday, November 19, 2011

Cinta Imam Malik untuk Rasulullah

Imam Malik sangat menghormati Rasulullah s.a.w. Meskipun baginda telah wafat  namun Imam malik tetap menghormati baginda sehingga beliau tidak mahu menunggang kuda di dalam kota Madinah kerana hati dan jiwanya tidak tergamak melihat kaki kuda yang di tungganginya menginjak-injak tanah yang di dalamnya jasad mulia rasulullah s.a.w

Diceritakan bahawa imam malik mempunyai beberapa ekor kuda yang cantik, pemberian beberapa orang hartawan kepada beliau sebagai hadiah. Oleh kerana orang ramai melihat kuda-kuda beliau hanya tertambat di kandang rumahnya sahaja dan melihat Imam Malik yang selalu berjalan kaki ketika ke masjid kerana mengajar dan bersolat, maka seorang seseorang bertanya kepada Imam Malik 

"Kenapa tuan guru tidak pernah memgugunankan kuda dan menyimpanya sahaja"

"Apakah aku tidak tidak malu kepada Allah SWT jika aku menginjak kaki kudaku keatas bumi yamg di dalamnya ada tertanam jasad Rasulullah? Jawab imam malik"

Meskipun pada ketika usia beliau telh lanjut dan badanya telah lemah serta sakit-sakit, imam malik masih lagi tidak mahu menunggang kudanyauntuk pergi bersolat dimasjid atau untuk memziarahi sahabat dan saudara maranya. Beliau lebih suka berjalan kaki demi hormat nya Beliau kepada Nabi s.a.w

Rasulullah s.a.w bersabda : “ sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintai aku, dansesiapa yang mencintai aku, nescaya ia bersama-sama ku di dalam syurga [HR Anas R.a]

Friday, November 18, 2011

Uwais Al-Qarni

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.

Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.

Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.



Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.

Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.

Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...

Tuesday, November 8, 2011

Persoalan Ibadat Korban di Aidiladha

Pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha bagi meraikan kejayaan sebilangan saudara seagama mengerjakan ibadat haji di Makkah. Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, lazimnya meraka akan mengadakan aktiviti kunjung-mengunjung atau rumah terbuka untuk mengeratkan tali silaturrahim sesama Islam.

Selain itu, Hari Raya Aidiladha turut disambut dengan melaksanakan ibadat korban iaitu akan disembelih binatang seperti unta, lembu atau kambing bertujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadat korban ini bertepatan dengan dalil al-Quran dan hadis berikut (bermaksud):

Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.
(Surah al-Kauthar: Ayat 2)

Tuesday, November 1, 2011

Nasihat Imam Abu Hanifah



Setiap manusia yang lahir di dunia ini pasti pasti ada yang melakukan kesilapan. Bahkan dalam sebuah hadis ada menyebut,

Rasulullah Saw. bersabda, “Setiap anak Adam itu mempunyai kesalahan, dan sebaik-baik orang yang mempunyai kesalahan ialah orang-orang yang banyak bertaubat.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah).

setiap anak adam yang lahir di dunia yang lahir di dunia ini pasti melakukan kesalahan . Jadi kita sebagai manusia perlulah berusaha untuk menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar ini. Antaranya dengan melihat dan memahami nasihat-nasihat yang telah di utarakan oleh seseorang yang kita boleh kita contohi , berikut adalah nasihat Imam Abu Hanifah yang boleh kita terapkan dalam kehidupan kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...