Sunday, July 29, 2012

Didik anak cara Luqmanul Hakim


SETIAP pasangan suami isteri secara fitrahnya menginginkan zuriat mereka bagi menyambung salasilah keluarga. Malah saat diijabkabulkan, masing-masing menyimpan hasrat untuk dianugerahkan anak soleh dan solehah.

Ada yang sibuk mencari nama untuk anak yang bakal dilahirkan si isteri tercinta. Aktiviti membeli-belah barangan bayi seperti botol susu, lampin pakai buang, pakaian, katil dan permainan menjadi keutamaan pasangan. Semua yang dilakukan untuk menyediakan segala kelengkapan si manja agar membesar sebagai insan yang bahagia dan berjaya.

Sehubungan itu, agama Islam sebenarnya telah mengemukakan satu panduan lengkap bermula daripada seseorang yang bakal menjadi bapa atau ibu sehinggalah anak dilahirkan, kemudian menjadi remaja, seterusnya dewasa dan akhirnya meninggal dunia.

Malah, saranan Rasulullah SAW menjelaskan betapa seseorang yang ingin membina bahtera rumah tangga seharusnya terlebih dahulu memilih bakal pasangan mereka yang biasanya tergolong dalam empat kategori utama iaitu pemilihan disebabkan harta, kecantikan, keturunan dan pilihan terakhir adalah agama atau akhlak.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dikahwini seseorang wanita itu disebabkan kerana harta, cantik, keturunan. Maka pilihlah mereka yang beragama nescaya kamu akan selamat”. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis lain yang berkaitan dengan pemilihan bakal pasangan antaranya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Pilihlah (pasangan) yang baik untuk tempat memproses nutfah (benih) kamu, kerana akhlak ibu dan bapa akan menurun (terwaris) kepada anaknya.” (Riwayat al-Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kahwinilah wanita penyayang lagi subur. Sesungguhnya aku bangga dengan banyaknya kamu (umat Muhammad) berbanding umat lain.” (Riwayat Ahmad)

Namun yang menjadi persoalan dewasa kini, adakah kita mampu mendidik anak dengan ajaran yang sebenar? Adakah kita sekarang menternak anak kita dengan sekadar memberi makan dan minum? Apakah yang kita berikan kepada anak dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan seumpamanya bertepatan dengan ajaran Islam?

Wednesday, July 18, 2012

Iblis Bertemu Rasulullah

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT."

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

Friday, July 13, 2012

Buat Imamku...

Imamku
Jika kau membaca tinta ini
Kau tahu bukan
Aku tidaklah sehebat Saudah
Tidak pula sesolehah Fatimah
Tetapi keyakinan ini telah kutetapkan
Aku tidak ingin kau menduakanku
Aku bimbang cemburuku bisa membunuhmu

Imamku
Jika nanti kau ingin menduakanku tanpa rela
Izinkan cintaku berlabuh
Buat lelaki setianya teguh
Bukankah dirimu tahu
Puteri Rasulullah tidak rela bermadu
Begitu juga dengan fitrah diriku

Imamku
Aku ingin menjadi bidadarimu disana
Jangan kau sukarkan ujian hidupku
Dengan cinta lain yang kau undang bersama
Kerna fitrah cinta tiada dua
Bimbang rosak agamaku kerana kecewa

Ketahuilah imamku
Aku ingin sekali berjiran bersama puteri Rasulullah kelak
Tetapi..
Kusedar diri ini tidak mampu tanpa bantuanmu

Imamku
Sudikah kau membantuku
Kelak bersama disana denganku
Bergembira, bermain dan bercinta disana denganku
Kuharap cintaku tidak kau persia

Sudikah permintaanku ini kau terima?



Monday, July 2, 2012

Imam Hanafi Pendebat Kebenaran



Nama sebenar:
o An-Nukman Bin Thabit

Lahir :
o 80 hijrah/699 masihi

Gelaran :
o Abu Hanifah kerana beliau mendapat anak bernama Hanifah dan ada juga yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja dia pergi lalu digelar hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi

Kehebatan :
o Alim dalam ilmu fikah dan tauhid
o Belajar dengan lebih 200 ulama yang terbilang termasuklah Abdullah Bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah Bin Mas’ud

Perwatakan
o Seorang yang sederhana ,tidak terlalu tinggi,tidak pula rendah ,bentuk badan cantik,warna kulit sawo matang kemerak-merahan.suka memakai pakaian yang cantik dan berbau harum,menjaga kebersihan kasutnya sehingga tidak nampak kotor walaupun sedikit

Keistimewaan:
o Sempat hidup dibawah pemerintahan khalifah Umaiyah dan Abbasiyah. Seorang yang petah berkata-kata dan sangat hebat dalam berdebat

Beliau pernah berkata “ sekiranya aku tidak mempunyai keluarnya,aku pasti tidak menyimpan duit walau satu darham”

Iman Abu Hanafiah meninggal dunia dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Dikebumikan di tanah perkuburan al-khaizaran yang terletak di timur Kota Baghdad.

Pendapat beliau ialah:

o Boleh mencuci pakaian dengan menggunakan air mawar,cuka ataupun sebagainya asalkan pencuci itu sejenis cecair dan tidak tertentu kepada air sahaja

o Pada waktu malam ataupun cuaca gelap dan sukar menentukan arah kiblat,boleh bersembahyang menghadap ke arah mana-mana sahaja dan sembahyang itu adalah sah dengan syarat sudah berusaha mencari arah kiblatnya

o Wajib mengeluarkan zakat pakaian ,emas dan perak,manakala orang yang berhutang tidak wajib mengeluarkan zakat

o Sah keislaman anak-anak yang belum akhir baligh.maksudnya,kanak-kanak yangmengucapkan syahadah,sah islamnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...