Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Thursday, June 7, 2012

Dia golongan syurga ?

Punyai teman yang datang daripada pelbagai golongan membuat saya mengerti sesuatu, hidup ini bukan hanya sekadar hitam dan putih. Lalu hari ini saya mahu bercerita berkenaan seorang teman saya. Seorang teman yang punyai warna yang cemerlang, umpama cemerlangnya bintang kejora di langit hitam.

Dia pemuda yang hanya memahami satu perkara berkenaan hidup, apa yang perlu dibuat untuk esok, fikirkan pada esoknya. Lalu hari ini, khusus untuk hari ini. Hidupnya semudah itu. Tidak ada perkara yang membuatnya rusuh. Semuanya masalah ditangani dengan senyuman. Malah ketika matahari membara di kepalanya pun dia masih mampu tersenyum. Walaupun dia hanya berpakaian yang seadanya. Seluar pendek dan berbaju tidak berlengan.

Katanya, “Matahari memang dicipta untuk memberi cahaya, untuk memberi kepanasan dan bukan untuk meneduhkan. Lalu untuk apa mengeluh dan memberitahu dunia betapa panasnya matahari? Tugas kita manusia ini adalah bersyukur sekiranya sesuatu diletakkan pada tempatnya dan Allah tidak pernah silap meletakkan sesuatu pada tempatnya. Baik panasnya matahari, redupnya awan dan malah rawannya hati, semua itu Allah sudah tetapkan tempatnya. Jika kita mengeluh, umpama kita ini cuba memberitahu Tuhan yang Dia salah meletakkan sesuatu itu pada tempatnya. Lalu kamu mahu menyalahkan Tuhan?”

Pelupuk jiwa saya terbuntang mendengar kata-katanya. Sungguh, dia pemuda yang istimewa, dan sungguh, kata-katanya tidak pernah gagal membuat hati saya bergetar.

Namun pada suatu hari saya mengerti sesuatu mengapa dia menjadi pemuda yang sering tersenyum. Mengapa dia menjadi pemuda yang hidupnya hari ini untuk hari ini dan esok untuk esok dan mengapa dia adalah teman yang cemerlang warnanya.

“Mengapa kamu begini?” tanya saya sambil mengaru dahi.

“Mengapa kamu bertanya begitu?” tanyanya pula dan ia sesuatu yang cukup saya tidak gemar. Pertanyaan dijawab dengan pertanyaan. Jelas dia penggemar falsafah Yunani.

“Kerana saya melihat ia berbeza,” jawab saya.

Saturday, April 21, 2012

Anak Perempuan Cantik yang Melihat Pelangi


ibuCerpen ini berdasarkan pengalaman sebenar Prof. Dr. Muhaya dalam mengendalikan pesakit mata. Namun sudah sifatnya penulisan cerpen, maka atas izin beliau yang baik hati, saya dizinkan menambahkan imaginasi saya pada pengalaman beliau.

Tidak banyak, pasti tetap ada sebibit kebahagian untuk manusia yang menatap pelangi. Itu yang saya percaya, dan itu yang semua manusia percaya. Sehinggalah pada hari itu, menatap pelangi itu memberi makna lain kepada saya. Pelangi itu bukan berkenaan bahagia tetapi berkenaan sesuatu yang membuatkan hati saya terjatuh ke daerah gusar.

Ibu.
Saya adalah ibu yang sangat bahagia. Saya fikir itulah semua perasaan ibu-ibu di dunia yang mempunyai anak perempuan yang cantik, dan beberapa bulan sebelumnya, saya melahirkan anak yang kedua yang juga cantik. Saya berasa diangkat ke langit hanya kerana status saya sebagai seorang ibu yang punyai dua anak yang meneduhkan hati.

Segala-galanya terlihat sempurna, sehinggalah pada suatu hari, anak perempuan saya yang cantik itu datang menemui saya, berkata sesuatu yang saya sangkakan bahagia.

Pelangi.
"Ibu, mengapa saya nampak pelangi?"

"Sayang, mana ada pelangi di sini," kata saya lembut. Rambutnya yang ikal saya belai penuh kasih.

"Betul ibu. Saya nampak pelangi," katanya lagi dengan jarinya menunjuk-nunjuk sesuatu.

Lama saya memerhatikan ke arah yang dia tunjuk, namun tetap sahaja kosong. Pelangi apa yang dilihat anak saya?

Monday, December 26, 2011

Erti Sehelai Daun

Anis berteleku di bawah sebatang pohon yang merimbun. Angin petang begitu mendamaikan menyapa lembut wajahnya merona merah. Air mata menjadi tamu di pipi masih belum kering. Malahan ia semakin deras mengalir. Sederas air sungai terbentang di depan matanya. Rohnya bagai melayang-layang, membawa jiwanya entah ke mana. Lamunan Anis terhenti dengan sapaan lembut dari Zinnirah, teman baiknya semenjak di puncak menara gading.

“Anis, kenapa kau bersendirian di sini?” tanya Zinnirah dengan lembut.

Dia hanya mendiamkan diri.

“Anis...?”

“Hmm... mengubati hati aku yang tengah lara ni.” Anis membalas dengan suara perlahan. Dia melepaskan keuhan berat. Zinnirah mengambil tempat di sebelah temannya.

“Jika kau tidak keberatan boleh aku tahu apa masalah kau sebenarnya? Sejak dua menjak ni aku lihat kau muram dan tertekan saja.”

“Hmm...” Anis mengeluh berat seperti melepaskan beban yang begitu berat di bahunya.

“Aku tak tahu nak bermula dari mana, Ira. Aku bingung. Aku keliru sekarang. Apa saja yang aku lakukan tak pernah menjadi. Semuanya salah di mata orang lain. Teruk sangatkah aku ni?” Airmata Anis berjuraian di pipinya.

“Sabar, Nis. Cuba kau ceritakan satu persatu pada aku. Kitakan dah lama bersahabat. Mungkin aku mampu menenangkan hati kau yang duka tu.” Zinnirah berkata sambil memegang lembut bahunya.

“Aku rasa semua orang tak sukakan aku. Setiap hari ku terpaksa menadah telinga dengan sindiran mereka. Sebal hati aku ni, Ira. Kawan aku beritahu aku ada seorang hamba Allah ni dah membuat cerita buruk tentang aku. Ya Allah... aku malu sekarang ni. Setiap hari bila aku nak melangkah masuk ke sekolah, hati aku ni mulalah rasa berat. Tak tertanggung rasanya bila semua cikgu memandang hina pada aku.” luah Anis sambil menangis teresak-esak.

“Bila aku selidik mengenai hal ni, Ira... memang betul ada orang yang cuba menganiaya aku. Bermacam-macam cerita kurang manis dia sebarkan pada cikgu-cikgu lain. Aku tak faham apa dosa aku pada dia. Seingat aku, aku tak pernah buat masalah dengan dia. Kenapalah dia dengki sangat pada aku. Aku ni cikgu cabuk saja. Lainlah dia. Kalau nak dibandingkan aku dengan dia, bagaikan langit dan bumi! Aku betul-betul keliru sekarang ni. Hilang semangat aku nak meneruskan perjuangan aku sebagai guru.”

“Anis, janganlah kau terlampau mengikut perasaan kau itu. Kita memang boleh sedih tapi biarlah bertempat. Kesedihan kau itu akan meragut ketenangan hidup kau. Memakan diri sendiri.” ujar Zinnirah memberi nasihat.

“Aku tahu tapi entahlah Ira. Aku sering terbuai-buai dengan rasa hati aku ni. Seksa jiwa dan batin aku. Aku rasa hidup aku ni tidak ada apa-apa makna lagi. Kosong!” bentak Anis.

“Aku faham perasaan kau itu. Ingatlah pada Allah, Anis. Istighfar banyak-banyak. Jangan kau ikutkan bisikan syaitan itu.”

Wednesday, November 23, 2011

Hina meninggalkan solat


Suasana di Masjid An-Nur petang itu begitu tenang sekali, angin yang menghembus selepas hujan tadi menjadikan suasana begitu suram dan nyaman, mata Aisyah begitu asyik melihat pelajar-pelajar yang sibuk dengan tanggungjawab masing-masing dalam mengerjakan perintah Allah. Tidak kira lelaki mahupun perempuan masing-masing merasakan diri sebagai hamba terus sujud kepada-Nya apabila diseru,tanpa menghiraukan mereka Aisyah bingkas bangun dan mengambil Ma'thurat utuk dibaca. 

+++ 


Selepas selesai membaca Ma'thurat, Aisyah memerhatikan seorang pelajar yang bersembahyang asar tetapi satu lagi solat yang menyebabkan aisyah kehairanan, “tak kan solat hajat kot,lepas asar mane boleh solat hajat,” desis Aisyah. Selesai sahaja menunaikan solat pelajar tersebut cepat-cepat melipat kain sembahyang. Bagi membuanag keraguan dihati, Aisyah meluru kearah pelajar tersebut. 

“Assalamualaikum dik”

“waalaikumusalam, eh kak Asiyah”

Thursday, September 8, 2011

Merotan Hati

‘’assalamualaikum kak buat ape tu?’’

“waalaikumusalam , tengah makan…” sambil tersenyum-senyum

“amboi, agak-agak la nak bergurau pun”

“Hahaha, habis tu dah tahu kenapa tanya”

“Hehehe, akak study apa? Nak teman boleh”

“Study untuk exam la, duduk la akak dari tadi sorang-sorang ni.”

“………..”

“Kenape muka macam orang hilang anak ni? Ada masalah ke? Lapar er..”

“Eh, tak la.. kalau nadia ganggu akak kejap boleh tak? Nadia ada masalah dan nadia harap akak sudi dengar"



“Boleh je,ceritalah ada masalah ape?”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...