Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

Friday, July 13, 2012

Buat Imamku...

Imamku
Jika kau membaca tinta ini
Kau tahu bukan
Aku tidaklah sehebat Saudah
Tidak pula sesolehah Fatimah
Tetapi keyakinan ini telah kutetapkan
Aku tidak ingin kau menduakanku
Aku bimbang cemburuku bisa membunuhmu

Imamku
Jika nanti kau ingin menduakanku tanpa rela
Izinkan cintaku berlabuh
Buat lelaki setianya teguh
Bukankah dirimu tahu
Puteri Rasulullah tidak rela bermadu
Begitu juga dengan fitrah diriku

Imamku
Aku ingin menjadi bidadarimu disana
Jangan kau sukarkan ujian hidupku
Dengan cinta lain yang kau undang bersama
Kerna fitrah cinta tiada dua
Bimbang rosak agamaku kerana kecewa

Ketahuilah imamku
Aku ingin sekali berjiran bersama puteri Rasulullah kelak
Tetapi..
Kusedar diri ini tidak mampu tanpa bantuanmu

Imamku
Sudikah kau membantuku
Kelak bersama disana denganku
Bergembira, bermain dan bercinta disana denganku
Kuharap cintaku tidak kau persia

Sudikah permintaanku ini kau terima?



Thursday, June 14, 2012

Awas Jerat Cinta Maya si 'Awang Hitam'






MENDENGARKAN nama 'Awang Hitam' sahaja sudah cukup membuatkan kita berasa gerun apatah lagi terjebak ke dalam permainan 'cinta alam maya' mereka. Inilah perkara yang paling ditakuti oleh wanita di negara ini. Sememangnya perkara begini seringkali dikhabarkan di media-media massa namun masih ramai yang tidak mengambil iktibar daripadanya.

Sikap terlalu mudah percaya menjerumuskan mangsa-mangsa ke dalam kancah penipuan Awang Hitam. Malah, percaya atau tidak, warga-warga Afrika ini sebenarnya dilatih di 'sekolah khas' untuk mendalami ilmu memperdaya mangsa-mangsa mereka sebelum mereka dihantar ke negara-negara tertentu untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral ini.

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan kes seorang ibu tunggal berusia 63 tahun yang kehilangan RM5 juta setelah ditipu sindiket warga Afrika. Akibat angau bercinta kononnya dengan seorang 'Jeneral Tentera Amerika Syarikat' yang dikenalinya menerusi sebuah laman sosial, wanita itu sanggup menjual harta bendanya dan menyerahkan wang kepada kekasihnya yang sebenarnya menjadi dalang dalam sindiket cinta alam maya tersebut.

Walaupun tidak pernah bertemu sejak berkenalan, mangsa mudah diperdaya dengan hanya melihat foto-foto lelaki kulit putih yang kacak oleh sindiket penipuan terbabit.

Kes sebegini selalunya berlaku kepada wanita tempatan kerana begitu mudah mempercayai orang yang baru dikenali dan ini sekali gus memungkinkan mereka menjadi mangsa. Sasaran mereka adalah ibu-ibu tunggal dan golongan andartu yang kesunyian. Berbekalkan ayat-ayat manis dan romantis, lama- kelamaan hati mangsa mula terpaut. Sikap mesra yang penuh kasih-sayang yang ditunjukkan walaupun hanya dalam dunia maya, namun, bagi mangsa mereka tidak kisah asalkan tahu ada seseorang menyintai diri mereka.

Perkenalan dari alam maya ini membibitkan rasa sayang lantas nombor telefon diminta dengan alasan untuk menguatkan perhubungan tersebut. Mangsa yang mabuk cinta si Awang Hitam ini akan tunduk kepada kata-kata manis warga Afrika tersebut dan memberikan nombor mereka tanpa berfikir panjang.

Malahan, dek terlalu percayakan sang kekasih, ada sesetengah mangsa memberikan nombor akaun bank mereka tanpa perasaan ragu. Setelah itu, sindiket ini akan memulakan taktik mereka dengan memberi pelbagai alasan supaya mangsa percaya dan selanjutnya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu.

Monday, December 19, 2011

Aku bimbang tidak sesoleh dirinya



YA ALLAH, AKU CINTA PADANYA…

“ Cintai diri untuk mencintai orang lain ”

Seorang pemuda telah jatuh cinta kepada seorang gadis. Gadis yang pada pemerhatiannya cukup sempurna… Kehendak hatinya itu dibawa berbincang bersama kedua ibubapanya…

Anak : Ibu, Abah… Along telah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan seorang gadis. Pada pemerhatian along cukup sempurna. Taat kepada kedua ibubapanya, menjaga batas pergaulannya, suka membantu dan yang lebih penting, menurut kawan sebiliknya, cukup menjaga amalannya… Solat, puasa bahkan sentiasa bangkit bermunajat di dalam keheningan pagi sedangkan teman-temannya yg lain sedang enak diulit mimpi.

Ibu : Benarkah begitu ? Begitu bersungguh anak ibu ini ya… Siap memasang “spy” lagi. Ceritakanlah lagi tentang gadis itu. Abang, telah dewasa ya anak teruna kita seorang ini ? (Si ibu tersenyum sambil menoleh si bapa yg berada si sebelahnya).

Bapa : (Tersenyum membalas senyuman isterinya). Yalah, sudah 23 tahun rupanya kita membesarkan Along ni ya. Alhamdulillah, hingga kini abah lihat along sentiasa menjaga nama baik ibu dan abah. Along juga sudah mulai bekerja dan kinilah masa yang sesuai untuk kami memperoleh menantu… InsyaALLAH, tidak lama selepas itu menimang cucu pula…

Anak: (Dengan muka kemerah-merahan menahan malu). Ibu, abah… Along cukup menghargai jasa ibu dan abah selama ini terhadap along. Ibu, gadis itu sebenarnya tinggal tidak jauh dari rumah kita ini. Keluarganya orang baik-baik. Tidak lah terlalu kaya namun cukup permurah dan dihormati oleh penduduk kampung. Namun begitu, along bimbanglah ibu, abah……

Ibu : Bimbang ? Apa yang along bimbangkan ?

Anak : Along bimbang along tidak sesoleh sehingga sepadan untuk menjadi pendamping diri gadis itu. Bukankah along telah ceritakan betapa solehahnya gadis itu ?

Bapa : Along, abah gembira melihat along memilih gadis yang solehah untuk dijadikan isteri. Abah sendiri pun dianugerahkan Allah gadis yang baik yang mana akhirnya menjadi ibu kamu… (Tersenyum melihat isterinya. Isterinya kemudianya membalas senyuman itu).

Cuma sebelum along teruskan niat itu, mari kita bersama muhasabahkan diri. Cuba renung-renungkan diri dengan soalan-soalan ini.

Monday, March 7, 2011

BAGAIMANA JIKA ALLAH MENCINTAI KITA!

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang, kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.
Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:

"Saya sayang abang."
"Saya rindu ibu."
"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...