Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Wednesday, April 18, 2012

Adab Menguap


Alhamdulilah segala puji bagi Pencipta sekalian alam dan selawat buat Baginda Rasulullah saw
sudah sekian lama blog ini sepikan?, untuk kali topik kita ialah..... (tgk pic kat bawah)

comel x dia? anak sape tah -.- 
menguap ni memang perbuatan manusia seharian, tapi ada jugak sesetengah manusia yang kurang dari segi adabnya, bila mereka menguap je, dibiarkan saja mulut tu terlopong luas, InsyaAllah sama-samalah kita berkongsi ilmu tentang adab apabila menguap.

1. Menahan menguap sekadar termampu

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r a., daripada Nabi s.a.w., bahawasanya baginda bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin & membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya."

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r.a, katanya :
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya."


3. Makruh mengangkat suara ketika menguap

Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad & At-Termizi daripada Nabi s.a.w. katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin & membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu."
Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya:
Telah bersabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT membenci mengangkat suara ketika menguap & bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi s.a.w tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah SWT."


BETULKAN YANG TERBIASA & BIASAKAN YANG BETUL

Tuesday, January 31, 2012

Kasih Allah buat kekasihnya

sahabat yang dikasihi sekalian, renungilah hadis ini 

“Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : Allah berfirman (yang bermaksud) : sesiapa yang memusuhi kekasih-Ku, maka Aku akan menyatakan perang kepadanya. Tidaklah mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih aku sukai daripada apa yang Aku wajibkan atasnya. Tidak henti-henti hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah sehingga Aku mencintainya. Jika Aku telah mencintainya, maka Aku menjadi pendengarannya yang denganya ia mendengar, menjadi penglihatannya yang dengannya ia melihat, menjadi tangannya yang dengannya ia memegang, menjadi kakinya yang dengannya ia berjalan. Jika ia meminta kepada-Ku, nescaya aku mengabulkannya dan jika ia meminta perlindungan kepada-Ku,nescaya Aku melindunginya. Aku tidak pernah teragak-agak dalam sesuatu yang aku putuskan, seperti teragak-agaknya aku untuk mewafatkannya sebab dia benci akan kematian sedangkan Aku pula benci untuk menyakiti hatinya“ [HR al-Bukhari, hadis sahih]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...