Jauhkanlah hati ini daripada ada sifat mazmumah (tercela)
Iman Ghazali menggariskan sifat mazmumah (tercela) kepada beberapa bahagian
- Gemar makan dan minum - sesiapa yang kekenyangan akan terhindar daripada melakukan ibadah kerana terdorong untuk tidur dan berehat
- Banyak berlata-kata (yang sia-sia) – bencana lisan merangkumi mengumpat, menghina, berdusta dan bertengkar
- Marah – berpunca daripada kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Ia juga didorong oleh pengaruh syaitan
- Hasad, dengki dan iri hati – lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain
- Kasih pada harta – tiada salah memiliki kemewahan, terapi jika bersikap bakhil, tamak dan membazir itulah yang dibenci oleh islam
- Takbur – antara sifat takbur ialah keturunan (tinggi), kekuasaan, kecantikan,kekayaan,kepandaian, pengaruh dan kuat beribadat menunjuk-nunjuk)
- Riyak – sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan baik semata-mata ingin pujian, pangkat dan kedudukan
- Ujub – sikat bangga diri dengan keistimewaan yang ada pada diri sendiri seperti kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain
- Kasih akan dunia – hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupan dan kesenangan duniawi akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati
0 comments:
Post a Comment