Thursday, February 9, 2012

Dasar Kependudukan Jepun di Malaysia

Dasar Terhadap Kaum
Dasar pemerintahan Jepun terhadap kaum-kaum di tanah melayu berbeza-beza berdasarkan kepentingan kaum-kaum ini kepada Jepun

1.Orang Melayu
a) Diperakui pemerintah tentera Jepun sebagai masyarakat bumiputera dan berhak ke atas tanah melayu. Oleh itu,Jepun telah memberikan beberapa keistimewaan kepada orang melayu tetapi tujuan sebenarnya ialah Jepun ingin mendapatkan sokongan daripada orang melayu

b) Jepun mengamalkan dasar berbaik-baik terutamanya dengan golongan elit iaitu raja-raja dan pembesar-pembesar Melayu. Ramai orang melayu dilantik menjadi kakitangan kerajaan seperti pegawai daerah, polis dan tentera.

c) Raja-raja melayu diiktiraf dan kedudukannya dikekalkan. Pemerintah jepun telah mengesahkan kedudukan raja-raja melayu sebagai ketua agama islam, elaun raja-raja mestilah sama banyak seperti sebelum perang dan dibenarkan menyimpan harta

d) Sebenarnya, Jepun mempunyai agenda tersendiri kerana mengamalkan dasar pro-Melayu iaitu untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan orang melayu dan memeastikan orang cina tidak bekerjasama dengan orang melayu untuk menentang Jepun

e) Walaupun Jepun mengamalkan dasar pro-Melayu, orang melayu tetap tidak berpuas hati dengan pemerintahan Jepun yang di anggap kejam dan zalim. Mereka mengalami kebuluran, penderitaan dan ketakutan semasa zaman kependudukan Jepun.

2.Orang Cina
a) Pemerintah Jepun mengamalkan diskriminasi terhadap orang cina dan memberi layanan paling buruk kepada mereka. Pemusuhan orang Cina dan orang Jepun telah wujud sejak meletus Perang China-Jepun pada tahun 1937. Apabila tetntera Jepun mara ke Singapura, orang cina yang tinggal di Singapura telah membantu British mengangkat senjata untuk menentang tentera Jepun

b) Selepas British menyerah kalah, tentera Jepun telah membunuh banyak orang Cina tanpa mempedulikan sama ada mereka bersalah atau tidak. Kekejaman tentera Jepun terhadap orang cina berterusan selamatiga tahu setengah pemerintahanya

c) Bagi mengelakkan diri daripada kekejaman tentera Jepun, ramai orang Cina telah melarikan diri Bandar ke kawasan pinggir hutan. Banyak orang Cina telah menyertai gerakan anti-Jepun melalui Malayan People’s Anti Japanese Army (MPAJA) dan telah bekerjasama dengan PKM untuk menentang Jepun di Tanah Melayu

d) Pada tahun 1944, Jepun telah mengubah dasarnya terhadap orang cina. Pemerintah Jepun mulai bertolak ansur kerana terpaksa bergantung kepada orang cina dalam bidang ekonomi. Jepun mengalami masalah kekurangan makanan da memerlukan bantuan makanan daripada pedagang-pedagang cina.

e) Kekejaman tentera Jepun terhadap orang cina telah mengukuhkan lagi fahaman kebangsaan cina dan sentiman anti-Jepun

3.Orang India
a) Orang india mendapat layanan yang agak baik semasa pendudukan Jepun tetapi mereka juga tidak terlepas daripada kesengsaan hidup akibat kekejaman tentara Jepun. Banyak pekerja-pekerja ladang bangsa India dipaksa bekerja dalam projek-projek Jepun seperti membina landasan kereta api di Siam sehingga banyak nyawa yang terkorban
b) Layanan yang agak baik diberikan kepada kaum India kerana Negara India sebagai jajahan takluk British. Jepun memerlukan sokongan orang indiauntuk menghalau British dari India

c) Untuk menarik sokongan orang India, Jepuntelah menubuhkan Liga Kemerdekaan India dan Tentera Nasional India (INA). Selain daripada itu, Jepun telah menyokong penubuhan kerajaan buangan Azad Hind yang telah dipimpin oleh Subha Chandra Bose

d) Walaupun begitu, orang India di Tanah Melayu masih hidup menderita kerana kebuluran, ketakutan, tiada pekerjaan, diseksa, dan menjadi buruh oleh tentara Jepun

Dasar Ekonomi Jepun
1. Pemerintah Jepun megamalkan system ekonomi bersifat berdikari dan dasar tutup pintu kerana tidak mahu bergantung kepada pasaran luar Negara.

2. Kegiatan-kegiatan ekonomi yang dahulunya dipegang oleh orang cina dan pelabur Eropah diambil alih oleh tentera jepun. Dasar Jepun untuk membangunkan ekonomi Tanah Melayu tanpa perdagangan eksport menyebabkan ekonomi tanah Melayu merosot

3. Jepun memberi tumpuan kepada bidag pertanian sebagai kegiatan ekonomi utama bagi mengatasi masalah kekurangan makanan. Jepun telah memperkenalkan Rancangan Tiga Tahun Sara Diri untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian khususnya padi. Padi Taiwan diperkenalkan kerana boleh ditanam duakali setahun. Rakyat juga disuruh menanam ubi kayu, keledek dan keladi di sekeliling rumah mereka bagi mengatasi masalah kekurangan makanan

4. Pada tahun 1943, Tanah Rizab melayu dibuka kepada orang bukan melayu untuk dijadikan kawasan pertanian bagi meningkatkan hasil pengeluaran tanaman

5. Dasar ekonomi Jepun telah menyebabkan ekonomi tanah melayu merosot dengan teruk. Tibul masalah seperti kebuluran, pengabgguran dan masalah social

Dasar Niponisasi
1) Jepun telah menjalankan dasar meniponisasi, iaitu memaksa penduduk menerima dan mengamalka nilai-nilai bahasa dan kebudayaan Jepun

2) Proses meniponisasi dijalankan melalui pelbagai cara seperti berikut : 
a) Bahasa Jepun diajar di sekolah-sekolah, kelab-kelab dan pejabat. Sekolah cina dan sekolah Inggeris   ditutup dan digantikan dengan sekolah untuk mengajar bahasa Jepun. Peluang kenaikan gaji, pangkat dan kemudahan-kemudahan lain diberi mengikut kebolahan dan kemahiran bertutur bahasa Jepun

b) Hari-hari cuti Am berdasarkan calendar cuti Jepun cuti umum ditanah melayu semasa menyambut hari jadi maharaja, hari angkatan tentera darat, laut dan udara dan musim menuai di Jepun. Pemberian cuti am berdasarkan peristiwa yang berlaku di Jepun ini bertujua untuk meningkatkan semangat nasionalisme rakyat Tanah Melayu terhadap Negara Jepun

c) Pihak Jepun juga tutur mengadakan kempen untuk menghapuskan pengaruh-pengaruh Barat khususnya Britain dan Amerika Syarikat di Tanah Melayu dengan cara:
          i. Mengharamkan penggunaan radio gelombang pendek bertujuan untuk melumpuhkan kegiatan  mengintip anti-Jepun
          ii. Mengharamkan tayangan filem-filem barat
          iii. Penduduk tanah melayu tidak dibenarkan mendengar muzik barat
          iv. Menutup tempat tari-menari di taman-taman hiburan
3) Pihak Jepun telah mengambil langkah-langkah demikian untuk memburuk-burukkan kebudayaan Barat

6 comments:

athi3094 said...

thanks a lot....

Unknown said...

Terima kasih kerana sudi menulis artikel ini. Ia banyak menolong. Insyaalah, dapatlah banyak pahala dan rahmat Allah.

Unknown said...

tq sbb tulis artikel ini...sya amat memahami apa yang anda tulis

Unknown said...

Terima kasih krn tulis artikal ini... Ianya memudah kan sya dn kwn ii untuk buat kerja khusus sj f4

Unknown said...

Terima kasih kerana menulis artikel ini
Ianya memudah kan sya untuk buat kerja khusus sj f4


auni jiha said...

terima kasih atas perkongsian maklumat berguna ini,semoga diberi kemudahan untuk berkonsi lagi info info yg berguna.=)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...