Monday, November 21, 2011

Kepentingan sains veterinar

Sains veterinar melibatkan bidang kajian sains yang berkaitan denga haiwan. Bidang ini merupakan satu bidang yang penting dan mempunyai masa depan yang cerah di Negara ini.

Sains veterinar dapat membantu memajukan sektor penternakan, terutama ternakan haiwan makanan. Haiwan ternakan penting sebagai sumber protein sama ada dalam bentuk daging, susu ataupun telur yang dihasilkan. Pemeliharaan haiwan ternakan memerlukan penjagaan khusus, dan harus berdasarkan ilmu sains yang berkaitan. Pakar veterinar diperlukan untuk memberi nasihat dan bimbingan dari segi kaedah pembiakan dan pemeliharaan kepada penternak bagi memastikan ternakan membesar dengan sihat

Pakar veterinar atau dikenali sebagai doctor haiwan turut terlibat dalam penjagaan haiwan peliharaan. Haiwan seperti kucing, anjing dan arnab yang dipelihara di rumah memerlukan ubat dan rawatan khursus seperti suntikan vaksin untuk hidup sihat dan tidak membawa bahaya kepada pemiliknya. Haiwan yang digunakan untuk tujuan perlumbaan dan permainan seperti kuda serta haiwan di zoo juga memerlukan khidmat penjagaan pakar veterinar. Tegasnya, kesihatan haiwan amat bergantung pada peranan pakar veterinar

Sumbangan ahli veterinar juga penting untuk kajian tentang pelbagai spesis fauna di Negara ini. Negara kita mempunyai pelbagai jenis haiwan yang masih hidup liar di hutan, sama ada yang melata atau yang ganas. Kajian tentang habitat, perlakuan dan keperluan hidup haiwan berkenaan amat penting untuk mengelakkan kepupusannya, selain meningkatkan ilmu dan kepakaran kita tentang haiwan eksotik
Bantuan pakar veterinar juga di perlukan dalam kajian perubatan. Sistem biologi sesetengah mamalia hampir sama dengan sistem biologi manusia. Oleh itu, banyak ubat yang dihasilkan diuji terlebih dahulu dalam badan haiwan untuk melihat hasilnya. Sesetengah haiwan pula boleh dijadikan sel induk dalam pemindahan organ kepada manusia. Selain itu, terdapat haiwan yang menjadi sumber perubatan, misalnya insulin untuk pesakit diabetis boleh diperoleh daripada haiwan.

Kepentingan sains veterinar di Negara ini tidak dapat dinafikan. Kemajuan dalam bidang ini perlu ditingkatkan sejajar dengan pelaksanaan Dasar Bioteknologi Negara pada masa ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...