Thursday, October 27, 2011

Apa itu ikhlas?

Ikhlas? dalam Kamus Dewan, maksud perkataan IKHLAS ialah : (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura. Ia diambil daripada perkataan arab iaitu kholaso, atau bentuk akarnya adalah khuluuson atau kholaason, yang bermakna : jernih dan bersih daripada pencemaran. Manakala dalam kamus al-Farid pula diterangkan maksudnya sebagai: sincerity, honest, loyalty iaitu kejujuran

Ungkapan ikhlas menggambarkan pengertian tentang berih,murni dan suci daripada pencampuran atau pencemaran sifat lain

Jika melahirkan kata “Aku memuliakan ketaatanku hanya kepada Allah.”  Ia bererti tujuan memuliakan ketaatanya hanya kerana Allah tanpa ada perasaan riyak. Al-fairuzabadi telah mengatakan : “ikhlaslah kerana Allah.” Maknanya meninggalkan sifat riyak dan menunjuk-nunjuk

Ikhlas merupakan istilah tauhid. Orang-orang yang ikhlas adalah mereka yang mengesakan Allah dan merupakan hamba-hamba-Nya yang terpilih. Adapun pengertian ikhlas menurut istilah syarak adalah seperti yang diungkapkan oleh Ibnu Qayyim : “Mengesakan Allah Yang Hak dalam berniat melakukkan ketaatan, bertujuan hanya kepada-Nya tanpa mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.”

Seseorang yang ikhlas adalah seseorang yang tidak peduli akan penghargaan dan tidak menginginkan orang lain memuji kebaikannya walau seberat zarah sekalipun. Apa yang diinginkannya ialah reda Allah s.w.t. 
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-bayyinah ayat 5 yang bermaksud :

"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh diatas tauhid,  dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat. Dan yang demikian itulah adalah agama yang benar." [QS 98:5]


Doa kita agar dihindari sifat yang dibenci oleh Allah dan Rasulullah s.a.w  iaitu sifat riyak dan takabbur. InsyaAllah, Amin


sumber : Majalah Gen Q

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...