Tuesday, November 1, 2011

Nasihat Imam Abu Hanifah



Setiap manusia yang lahir di dunia ini pasti pasti ada yang melakukan kesilapan. Bahkan dalam sebuah hadis ada menyebut,

Rasulullah Saw. bersabda, “Setiap anak Adam itu mempunyai kesalahan, dan sebaik-baik orang yang mempunyai kesalahan ialah orang-orang yang banyak bertaubat.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah).

setiap anak adam yang lahir di dunia yang lahir di dunia ini pasti melakukan kesalahan . Jadi kita sebagai manusia perlulah berusaha untuk menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar ini. Antaranya dengan melihat dan memahami nasihat-nasihat yang telah di utarakan oleh seseorang yang kita boleh kita contohi , berikut adalah nasihat Imam Abu Hanifah yang boleh kita terapkan dalam kehidupan kita.
1. Jangan bakhil atau kedekut kerana perangai itu memalukan
2. Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah
3. Sentiasa menghormati dan meminta ampun maaf dengan guru juga pendidik
4. Sentiasa menziarahi kubur guru dan tempat-tempat berkat
5. Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan islam
6. Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain
7. Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan
8. Jagalah rahsia tetangga dan jangan menyebarkan rahsia yang di amanahkan
9. Jangan banyak bercerita atau bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan
10. Bencikan perkara yang hina disisi orang yang berilmu

syahira
mencuba 
3.41pm

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...