Monday, July 2, 2012

Imam Hanafi Pendebat Kebenaran



Nama sebenar:
o An-Nukman Bin Thabit

Lahir :
o 80 hijrah/699 masihi

Gelaran :
o Abu Hanifah kerana beliau mendapat anak bernama Hanifah dan ada juga yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja dia pergi lalu digelar hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi

Kehebatan :
o Alim dalam ilmu fikah dan tauhid
o Belajar dengan lebih 200 ulama yang terbilang termasuklah Abdullah Bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah Bin Mas’ud

Perwatakan
o Seorang yang sederhana ,tidak terlalu tinggi,tidak pula rendah ,bentuk badan cantik,warna kulit sawo matang kemerak-merahan.suka memakai pakaian yang cantik dan berbau harum,menjaga kebersihan kasutnya sehingga tidak nampak kotor walaupun sedikit

Keistimewaan:
o Sempat hidup dibawah pemerintahan khalifah Umaiyah dan Abbasiyah. Seorang yang petah berkata-kata dan sangat hebat dalam berdebat

Beliau pernah berkata “ sekiranya aku tidak mempunyai keluarnya,aku pasti tidak menyimpan duit walau satu darham”

Iman Abu Hanafiah meninggal dunia dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Dikebumikan di tanah perkuburan al-khaizaran yang terletak di timur Kota Baghdad.

Pendapat beliau ialah:

o Boleh mencuci pakaian dengan menggunakan air mawar,cuka ataupun sebagainya asalkan pencuci itu sejenis cecair dan tidak tertentu kepada air sahaja

o Pada waktu malam ataupun cuaca gelap dan sukar menentukan arah kiblat,boleh bersembahyang menghadap ke arah mana-mana sahaja dan sembahyang itu adalah sah dengan syarat sudah berusaha mencari arah kiblatnya

o Wajib mengeluarkan zakat pakaian ,emas dan perak,manakala orang yang berhutang tidak wajib mengeluarkan zakat

o Sah keislaman anak-anak yang belum akhir baligh.maksudnya,kanak-kanak yangmengucapkan syahadah,sah islamnya


o Mereka yang menjaga harta anak yatim boleh menjalankan perniagaan dengan harta anak yatim itu

o Anak perempuan yang sudah sampai umur (didatangi haid)boleh mencari pasangan hidup tanpa kebenaran wali.

o Kahwin paksa anak perempuan tidak sah sekiranya dia menolak.

o Kerajaan,ketua agama ataupun pembesar berhak mengendalikan harta Negara demi kepentingan umum. Mereka juga berhak memberi hadiah kepada pejuang-pejuang atau perajurit tanah air sebagai penghargaan pada mereka .

o Kerajaan juga boleh membahagikan tanah-tanah yang belum dibuka kepada rakyat yang memerlukannya.

WASIAT IMAN ABU HANAFIAH

1. Apabila terdapat sebuah hadis yang sahih,hadis itu menjadi mazhabku

2. Tidak halal bagi seseorang mengambil atau memakai pendapatku selama dia tidak mengetahui daripada mana aku mengambil pendapat itu

3. Haram bagi orang yang tidak mengetahui dalilku apabila dia berfatwa dengan pendapatku

4. Sesungguhnya kami adalah manusia biasa,ada kalanya kami berfatwa pada hari ini,dan kami membatalkan pendapat itu pada keesokan harinya

5. Apabila aku mengemukan sebuah pendapat yang bertentangan dengan al quran dan hadis Rasulullah yang sahih,tinggalkan perkataan itu

6. Berhati-hati ketika kamu berhadapan dengan raja seperti kamu berhati-hati dengan api,engkau pasti mendapat faedah kepanasannya apabila berada jauh darinya. Sekiranya engkau terlalu dekat,kamu akan sakit dan terbakar

7. Bercakaplah apabila perlu dan jangan mudah mengkritik orang lain kerana mereka pasti membalas kritikan kamu itu

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...