Wednesday, November 23, 2011

Hina meninggalkan solat


Suasana di Masjid An-Nur petang itu begitu tenang sekali, angin yang menghembus selepas hujan tadi menjadikan suasana begitu suram dan nyaman, mata Aisyah begitu asyik melihat pelajar-pelajar yang sibuk dengan tanggungjawab masing-masing dalam mengerjakan perintah Allah. Tidak kira lelaki mahupun perempuan masing-masing merasakan diri sebagai hamba terus sujud kepada-Nya apabila diseru,tanpa menghiraukan mereka Aisyah bingkas bangun dan mengambil Ma'thurat utuk dibaca. 

+++ 


Selepas selesai membaca Ma'thurat, Aisyah memerhatikan seorang pelajar yang bersembahyang asar tetapi satu lagi solat yang menyebabkan aisyah kehairanan, “tak kan solat hajat kot,lepas asar mane boleh solat hajat,” desis Aisyah. Selesai sahaja menunaikan solat pelajar tersebut cepat-cepat melipat kain sembahyang. Bagi membuanag keraguan dihati, Aisyah meluru kearah pelajar tersebut. 

“Assalamualaikum dik”

“waalaikumusalam, eh kak Asiyah”
Nama aisyah sememangya tidak asing di asrama tersebut kerana dia merupakan penolong kepada ketua pegawas asrama- Penolong kapten

“boleh akak tahu nama kamu ?”

“kenapa kak? Nama saya Intan”

“owh, Intan tadi lepas kamu sembahyang asar kamu sembahyang ape er?”

“eerm…. Saya sembahyang qoda zohor kak”

“larh, apa yang kamu buat waktu zohor tadi sampai tak solat, sibuk sangat ke? Lagipun tadi akh kamu siap announce lagi semua pelajar turun berjemaah”

“maaf kak tadi saya tertidur, lagipun cuaca sejuk dan hujan macam sekarang ni memang best tidur”

“buat apa minta maaf dengan akak, erm habis tu kalau satu hari hujan hari ni, satu hari la kamu tido ye, kalau lapar pandai pula kamu bangun”

“erm, agak-agaknya macam tu la kot, tadi pun kawan saya yang kejutkan, hehehe”

“ketawa pulak dia, kamu tahukan meninggalkan solat tu dosa besar dan bukan boleh buat main-main”

“saya tahu kak, lagipun tadi saya dah qado”

“baguslah kalau macam tu lain kali jangan buat macam tu lagi ye” Aisyah tersenyum melihat gelagat intan

“tapi kan kak kalau saya lupa nak qado solat tadi mesti berdoa besarkan”

“ye betol cakap intan, memang dosa besar malah lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya meninggalkan solat seperti yang dikisahka pada zaman nabi musa”

“macam mana kisahnya” beria-ia intan menunjukkan lagak ingin tahu

“begini kisahnya, pada zman nabi musa ada seorang lelaki yang sudah berumah tangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam” nak dijadikan cerita,Allah pun kurniakan si lelaki tadi hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ini pun rungsinglah. Dia dah nazar perlu minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman nabi musa berbeza dengan syariat yang turun untuk nabi Muhammad. Kalau nabi muhammad, nazar benda yang harammaka tak payah buat tapi kene denda(dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman nabimusa barang siapa bernazar walaupun haram tetap perlu melaksanakan nazar itu, lalu si lelaki yang baru mendapat anak dengan susah hati pergilah bertemu nabi Allah musa dan memceritakan segala yang terjadi keatas dirinya. Lalu nabi musa menjawab bahawa lalaki itu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi musa memerintahkan lelaki tersebut pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tersebut. Lelaki itu pun senang hati menjalankan apa yang diperintahka oleh nabi musa tadi”

“lihatlah betapa hinanya orang yang meniggalkan solat sampai iir yang jatuh dari bumbumg rumahnya lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah belum air tangan lagi”

“hinanya” satu patah perkataan yang terpacul dimulut Intan

“hah, tau pn lepas ni jangan buat macam tu lagi tau, lain kali sebelum nak tidur tu beritahu kat kawan kejutkan kan kalau dah masuk waktu, kan bagus kalau buat macam tu.”

“baiklah, alhamdulilah sebab teringat nak qado solat tadi, hehehe. Terima kasih kak Aisyah atas teguran,

“ye, Sama-sama”

"solatlah walau di mana kamu berada"



2 comments:

miss kecoh said...

td air kmbg hitam.. pas2 tuka anjing htam plak..huhu

Syahira said...

terima kasih aida,
tak perasan pulak anjing tuka jadi kambing,

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...