Monday, September 9, 2013

UPSR 2013

Pada tahun ini seramai 478,848 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013 akan menduduki peperiksaan bertulis UPSR mulai 10 hingga 12 September 2013 di 8,268 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia calon UPSR tersebut terdiri daripada 469,882 pelajar sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 8,966 lagi dari sekolah swasta yang bahasa pengantarnya adalah Bahasa Melayu.

Seramai 49,117 petugas peperiksaan telah dilantik dan calon diingatkan untuk merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi.

Calon diingatkan untuk membawa kad pengenalan ke pusat peperiksaan bagi memastikan urusan pengendalian peperiksaan berjalan lancar

Jadual waktu peperiksaan UPSR 2013 telah diedar ke semua sekolah dan boleh juga dimuat turun daripada laman sesawang Lembaga Peperiksaan di Jadual Waktu UPSR 2013.



BUAT CALON UPSR 2013
SEMOGA BERJAYA ! 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...