Thursday, September 15, 2011

Kawan vs Sendirian

Apabila kita di himpit dengan ribuan masyarakat, cuba kita tenung dan perhatikan keadaan mereka. Sebahagian yang bersahabat dan ada juga yang bersendirian.

Persoalannya, adakah boleh atau tidak hidup kita tanpa kawan disisi? Boleh atau tidak kita lari atau bersembunyi jika ada orang yang ingin berkawan dengan kita? Boleh atau tidak kita hanya duduk di rumah sepanjang umur kita tanpa bermasyarakat?

Jawapan bagi persoalan itu adalah TIDAK

Ini kerana setiap manusia memerlukan sahabat dalam hidup mereka dan manusia yang tidak berkawan adalah manusia yang gagal dalam hidup.



Cuba kita hayati kisah persahabatan Abu Bakar untuk Al Mustafa, kisah ini berlaku di Gua Thur,

Ketika Rasulullah berada di hadapan aku, ku pandangi pesonanya dari kaki hingga hujung kepala. Tahukah kalian apa yang menjelma? CINTA!! (Abu Bakar As-Siddiq r.a)



Kelelahan yang mendera setelah perjalanan jauh, seketika seperti ditelan kegelapan gua. Wajah didepannya yang saat itu berada nyata, meleburkan penat yang dirasai. Hanya pada satu nama yang tersemat didalam dadanya, CINTA! Abu Bakar memandang wajah syahdu di depannya dalam hening. Setiap uratan di wajah indah itu dia perhatikan seksama. Aduhai betapa dia mencintai putera Abdullah.

Kemudian Nabi Muhammad SAW melabuhkan kepalanya di pangkuan Abu Bakar seperti anak kecil, Abu Bakar berenang dalam samudera kegembiraan yang sempurna. Tidak sama yang dapat mempesonakan selama dia hidup kecuali saat kepala Nabi yang 'Ummi' berbantalkan kedua pahanya.

Mata Rasulullah terpejam. Dengan berhati-hati seperti seorang ibu, telapak tangan Abu Bakar mengusap peluh di kening Rasulullah SAW. Masih dalam senyap, Abu Bakar terus terpesona dengan susuk cinta yang sedang beristirehat dipangkuannya.

Nafas harum itu terhembus satu persatu yang menyapa di wajah Abu Bakar. Abu Bakar tersenyum sepenuh kalbu. Dia menatapnya lagi, tak bosan. Seketika wajahnya muram, dia teringat perlakuan orang-orang Quraisy yang memburu purnama Madinah seperti memburu haiwan buruan.

Bagaimana mungkin mereka begitu keji mengganggu cucu Abdul Mutalib, yang begitu jujur dan amanah. Mendung di wajah Abu Bakar belum juga surut. Sebuah kuntum keazaman memekar di dasar hatinya, begitu semerbak.

Kesunyian tetap terasa. Gua itu begitu dingin. Abu Bakar menyandarkan tubuhnya didinding gua. Rasulullah SAW, masih tetap dalam lenanya.

Tiba-tiba sahaja, seekor ular mendesis-desis perlahan mendatangi kaki Abu Bakar yang terlentang. Abu Bakar melihatnya penuh waspada, ingin sekali dia menarik kedua kakinya untuk menjauhi dari binatang yang berbisa ini.

Namun, keinginan itu diendahkan dari benaknya, tak ingin dia mengganggu tidur lena Rasulullah SAW. Bagaimana mungkin, dia tidak membangunkan kekasihnya itu. Abu Bakar menahan sakit, ketika itu ular mematuk pergelangan kakinya, tapak kakinya dibiarkan sahaja tidak bergerak sedikit pun. Ular itu meninggalkan mereka setelah beberapa seketika.

Dalam keheningan, sekujur tubuhnya terasa panas. Bias ular menjalar ke seluruh tubuhnya. Abu Bakar menangis dalam diam. Rasa sakit itu tidak dapat ditahan lagi.

Tanpa sengaja, air matanya menitis mengenai pipi Rasulullah SAW yang tengah berbaring. Abu Bakar menghentikan tangisannya, kekhuatiran terbukti, Rasulullah SAW terjaga dan menatapnya penuh dengan rasa ingin tahu.

"Wahai hamba Allah, apakah engkau menangis kerana menyesal mengikuti perjalanan ini?" suara Rasulullah memenuhi ruang gua.

"Tentu saja tidak, saya redha dan ikhlas mengikutimu kemana jua," kata Abu Bakar yang masih dalam kesaakitan.

"Jadi mengapakah engkau menggugurkan air matamu?"

"Seekor ular baru sahaja mematukku, wahai putera Abdullah, dan bisanya menjalar begitu cepat."

Rasulullah menatap Abu Bakar dengan penuh kehairanan, tidak berapa lama bibir manisnya bergerak, "Mengapa engkau tidak menghindarinya?"

"Aku bimbang mengejutkan engkau dari lenamu," jawab Abu Bakar sendu.

Sebenarnya dia kini menyesal kerana tidak dapat menahan air matanya jatuh mengenai pipi Rasulullah SAW dan membuatnya terjaga. Saat itu air mata bukan milik Abu Bakar sahaja. Selanjutnya mata al-mustafa berkabut dan bening air mata tergenang dipelupuknya.

Betapa indah sebuah ukhuwah.

Tanpa menunggu waktu, dengan penuh kasih sayang, al-mustafa memengang pergelangan kakinya yang dipatuk ular. Dengan menggunakan nama Allah Pencipta semesta alam, Nabi mengusap bekas patukan ular itu dengan air liurnya.

Maha suci Allah, seketika rasa sakit itu tiada lagi. Abu Bakar segera menarik kakinya kerana malu. Nabi masih memandangnya dengan rasa penuh kasih sayang.

"Bagaimana mungkin, mereka iaitu para kafir sanggup menyakiti manusia indah sepertimu. Bagaimana mungkin?" kata Abu Bakar.

Gua Thur kembali ditelan kegelapan malam. Kini giliran Abu Bakar beristirehat dan Rasulullah SAW pula berjaga. Abu Bakar menggelengkan kepala ketika Rasulullah menawarkan pangkuan Baginda.

"Tak ku rela diriku membebani pangkuan penuh abbarakah itu."


Kita pasti tahu siapa Abu Bakar. Beliau adalah lelaki pertama yang memeluk Islam dan juga salah seorang sahabat yang paling dekat dengan Rasulullah. Dari kembara sejarah, kita kenang cinta Abu Bakar terhadap Al-Mustafa. Dia mencintai Nabinya melebihi diri sendiri.

Hebat bukan? Tidakkah itu mempersonakan ?

+++


Setiap manusia mempunyai sabahat bahkan Rasulullah sendiri mempunya sahabat, bagi orang yang tidak bersahabat ini diumpamakan sebagai kera sumbang -takut hidup bermasyarakat, jadi kita di galakkan hidup berkawan – hidup berjemaah, buka pintu dan jendela hati untuk menerima kawan-kawan baru. Banyak untungnya apabila bersahabat seperti bertukar-tukar ilmu atau berkongsi pengalaman

Cuma di sini, kita perlu pandai memilih kawan dan pilihlah kawan yang sesuai dengan kita. Biarlah kita cerewet dalam memilih kawan supaya supaya kita berbahagia di dunia dan juga akhirat.

Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi saw bersabda: "Orang yang bergaul dengan orang yang soleh dan orang yang bergaul dengan orang yang jahat ibarat orang yang membawa kasturi dan orang yang menghembus alat menyalakan api. Orang yang membawa kasturi, samada ia memberikannya kepada kamu, atau kamu membelinya, atau mendapat bau yang baik. Manakala orang yang meniup alat menyalakan api, sama ada ia akan membakar pakaian kamu atau mendapat bau yang busuk"
Iman Al-Ghazali ada menerangkan kawan yang baik dan kawan yang tidak baik

PERTAMA : PILIH kawan yang berakal. JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh    dan menyakitkan hati 
KEDUA : PILIH kawan yang berakhlak. JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu
KETIGA : PILIH kawan yang soleh. JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat
KEEMPAT : PILIH kawan yang bersederhana. JANGAN pilih kawan tamak kerana akan menjadi racun berbisa kepada sifat pemurah
KELIMA : PILIH kawan yang bercakap benar. JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa

Jadi, kesemua yang di terengakan diatas membawa maksud kawan merupakan orang yang boleh mempengaruhi jalan hidup kita di dunia ini. Jika baik berkawan maka baiklah perangai kita, jika jahat berkawan maka jahatlah perangai kita.

Daripada riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud. “ seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat”




Syahira Yusoff
-Ya Allah temukan aku seorang sahabat seperti  Abu Bakar-

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...